Khasiat Makan Broccoli




Antara khasiat broccoli adalah:

  • Menguatkan rambut sebab banyak Vitamin A, Vitamin C dan juga kalsium.

  • Kulit awet muda dan lebih bermaya sebab ada glucoraphanin, Vitamin B, Vitamin E dan juga beta karotene.
  • Pelindung UV, dengan menyapukan extrak broccoli pada kulit.
  • Mengurangkan risiko kanser kerana mengandungi myrosinase, iaitu sejenis anti-kanser, tapi ianya boleh hilang jika broccoli terlebih masak.
  • Agen nyahtoksik, kerana mengandungi glucoraphanin, gluconasturtiin and glucobrassicin yang berfungsi untuk menyingkirkan toksik yang ada dalam badan.
  • Mencegah serangan jantung dan strok kerana mengandungi fiber yang boleh mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Membantu menurunkan berat badan kerana mempunyai sejenis fiber yang boleh mengekalkan kandungan gula yang seimbang dalam badan.
  • Boleh mencegah osteoporosis kerana broccoli kaya dengan kalsium.
  • Membantu mengurangkan alahan dan alergik kerana mempunyai kaempferol dan asid lemak Omega-3.
  • Mengekalkan penglihatan mata yang baik dengan mengandungi Vitamin A yang banyak.
  • Sebagai antioksidant, mewah dengan Vitamin C selain dapat mengurangkan kemungkinan terkena penyakit Alzheimer.

  •  SUMBER

Post a Comment

0 Comments