Skip to main content

Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan di Malaysia

 




KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (optional).

Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. Selain itu orang ramai AMAT DIGALAKKAN memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

 
Pemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut: 

i) Kes positif COVID-19; 
ii) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; dan 
iii) Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.
 
KKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus  
diamalkan terutamanya apabila: 
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah; 
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema; 
iii) Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan 
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.
 
Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya: 
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak; 
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema; 
iii) Individu berisiko tinggi; dan 
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Khairy Jamaluddin
7/9/2022

Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022. KKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan  
kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19. Kelonggaran yang  
diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.


Comments

Popular posts from this blog

Overcoming Dramatic Workplace

  Dramatic workplace situations can arise for a variety of reasons, such as conflicts between coworkers, power struggles, or a lack of clear communication. If left unaddressed, these situations can escalate and create a toxic work environment. Here are some tips on how to overcome dramatic workplace situations: Communicate: Clear communication is key to resolving dramatic workplace situations. Encourage open and honest communication between all parties involved, and ensure that everyone has the opportunity to voice their concerns and opinions. Avoid making assumptions or jumping to conclusions. Identify shared goals Remain professional: In dramatic situations, it can be easy to become emotional or reactive. However, it is important to remain professional and calm. Focus on the issues at hand, rather than getting caught up in personal feelings or emotions. Find common ground: Look for areas of agreement and common ground. This can help to build a foundation for resolving the situation a

Methods of Extinguishing Fires Caused by Kitchen Fires

  Methods of Extinguishing Fires Caused by Kitchen Fires Perhaps one of the scariest experiences anyone can face is dealing with a home cooking fire. Most people cook every day, but it only takes a second for something to burn. A 2020 research report found that on average, nearly 49 percent of all reported home fires were caused by cooking.

Adakah Kentang Putar Sihat?

  Sebahagian besar diet anda harus datang daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, dan pengambilan kentang putar atau turut digelar kentang tumbuk, membantu anda mencapai matlamat pengambilan sayuran mingguan anda. Jabatan Pertanian A.S. mengklasifikasikan kentang sebagai sayuran berkanji, dan mengesyorkan wanita makan 5 cawan dan lelaki mengambil 6 cawan sayur berkanji setiap minggu. Kentang tumbuk sudah tentu boleh menyumbang kepada diet yang sihat dan menawarkan beberapa kelebihan pemakanan, tetapi anda harus mengikuti kaedah penyediaan yang sihat untuk mengelakkan pengambilan terlalu banyak lemak tepu.